JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

i. Mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-Warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-Muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

 

ii. Bagi merekodkan waktu kematian, perakuan pakar perubatan hendaklah diterimapakai dan dicatatkan dalam Sijil Kematian.

 

Klik disini untuk mencetak