JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pengeluaran Dan Penerimaan Zakat Bagi Yang Telah Diisytiharkan Muflis

Kategori: Zakat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 1 Syaaban 1431H/ 13 Julai 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pengeluaran Dan Penerimaan Zakat Bagi Yang Telah Diisytiharkan Muflis. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

i. Apabila seseorang telah diisytiharkan sebagai muflis disebabkan hutang yang ditanggung melebihi harta yang dimiliki, maka tiada zakat yang dikenakan kerana harta yang ada telah disekat untuk melunaskan hutang semasa.

 

ii. Seseorang yang diisytiharkan muflis sekiranya mempunyai harta selain harta yang disekat sama ada harta tersembunyi atau seumpamanya, maka harta tersebut wajib dizakatkan sekiranya cukup nisab dan genap tempohnya setahun.

 

iii. Sekiranya individu yang telah diisytiharkan muflis tidak mempunyai sumber pendapatan lain pada ketika itu, maka dia layak untuk menerima zakat di bawah asnaf al-gharimin dengan syarat-syarat seperti berikut;-

 

  1. Hendaklah orang yang berhutang itu mempunyai keperluan untuk memiliki harta yang dapat melunaskan hutang-hutangnya. Dan apabila dia menjadi kaya dan mampu untuk melunaskan semua hutangnya dengan harta yang dimiliki, maka dia tidak layak untuk menerima zakat.
  2. Hendaklah hutang yang ditanggung itu dalam urusan ketaatan atau perkara yang diharuskan. Sekiranya dia berhutang untuk tujuan yang maksiat, maka tiada bahagian zakat untuknya kerana ianya sama seperti menolongnya berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
  3. Hutang yang ditanggung hendaklah hutang semasa yang memerlukan pelunasan pada waktu itu. Sekiranya hutang tersebut bertempoh maka pendapat yang sahih seperti yang dinyatakan oleh Imam an-Nawawi adalah tidak diberikan zakat.

 

 

Klik disini untuk mencetak