JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kajian Semula Mengenai Fatwa Zakat Tanaman.

Kategori: Zakat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perak
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang kali 185 bertarikh 2-4 November 2010M bersamaan 25-27 Zulkaedah 1431H memperaku dan menerima dengan kadar wajib zakat padi adalah sebanyak lima peratus (1/20) daripada hasil kasar padi untuk diterimapakai oleh umat Islam di negeri Perak Darul Ridzuan.


Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengesyorkan supaya dibuat satu khutbah tentang keputusan ini untuk sebaran kepada masyarakat Islam seluruh negeri Perak.

Klik disini untuk mencetak