JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam

Kategori: Akidah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sabah
Keputusan
:

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil. 1/2009 telah bersidang pada 13-14 Mei 2009 Miladiah / 18-19 Jamadilawal 1430 Hijriah, bertempat di Bilik Persidangan, Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah bagi membincangkan mengenai Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam dan telah memutuskan bahawa: 

 

  1. Senaman yoga yang berasal daipada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah umat Islam.
  2. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
Klik disini untuk mencetak