JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash)

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010 telah membincangkan mengenai Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash).

 

Alhamdullillah fatwanya :

 

Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.

 

Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.

 

Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.

 

Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkukk tersebut.

 

Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :

Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.

(Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)

 

Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".

????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak