JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Tuntutan Fasakh Terhadap Suami Yang Diragui Akidahnya

Kategori: Munakahat
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kedah
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 29 November 2010 telah membincangkan mengenai Tuntutan Fasakh Terhadap Suami Yang Diragui Akidahnya. Mesyuarat berpendapat bahawa jika benar-benar thabit kenyataan tersebut maka syahadah suami Puan Lily (bukan nama sebenar) telah gugur dan beliau wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan mengucap dua kalimah syahadah semula. Ini berdasarkan hadith yang bermaksud;


Daripada Anas b Malik RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja maka sesungguhnya ia telah kufur dengan terang-terangan.

 

Sekiranya suami Puan Lily (bukan nama sebenar) enggan kembali dengan ajaran Islam yang sebenar maka ikatan perkahwinan mereka terombak.

 

Klik disini untuk mencetak