JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Permohonan Pembinaan Masjid Baru Untuk Anak Kariah Kampung Durian Daun Masjid Tanah Melaka

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2012 yang bersidang pada 19 Zulkaedah 1433H bersamaan 5 Oktober 2012 telah membincangkan mengenai Permohonan Pembinaan Masjid Baru Untuk Anak Kariah Kampung Durian Daun Masjid Tanah Melaka. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

i. Bersetuju dengan cadangan pembinaan masjid baru Kampung Durian Daun, Masjid Tanah di atas lot 1488, 1489, 1492, 1493, 1496, 1497, 1501 dan 1502 Mukim Sungai Baru Ulu bagi menggantikan masjid sedia ada iaitu Masjid Al-Mujib kerana keperluan dan hajat disebabkan masjid sedia ada yang telah uzur.

 

ii. Bagaimanapun, cadangan pembinaan tersebut hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada MAIM terlebih dahulu.

 

iii. Tapak yang dicadangkan hendaklah dijadikan wakaf yang berkekalan menurut peruntukan Seksyen 85 dan 86 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002.

 

iv. Masjid sedia ada (Al-Mujib) hendaklah dikekalkan dan tidak dirobohkan walaupun masjid baru telah siap dibina dan digunakan kelak. Bagaimanapun solat Jumaat tidak lagi dibenarkan di dalamnya setelah masjid baru mula digunakan.

 

Klik disini untuk mencetak