JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Negeri Sembilan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2014-1435H yang bersidang pada 26 Jun 2014 bersamaan 28 Sya’ban 1435H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-69 berkenaan Hukum Menulis Dan Menerbit Bahan-Bahan Yang Mengandungi Ayat-Ayat Al-Quran, Hadis Beserta Pandangan-Pandangan Agama Lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) dengan sighah seperti berikut :


Mesyuarat telah memutuskan bahawa menulis dan menerbit bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, hadis beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh Dan Kristian) adalah dilarang bagi mempastikan kesucian dan kehormatan agama Islam terpelihara.


Status Pewartaan : Tidak Diwartakan

 

Klik disini untuk mencetak