JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemindahan Pusara Di Kawasan Perkuburan Penjara Pudu

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 81 yang bersidang pada 19 April 2012 telah membincangkan mengenai Kertas Cadangan Pemindahan Pusara Di Kawasan Perkuburan Penjara Pudu Bagi Pembangunan Semula Kawasan Penjara Pudu, Bukit Bintang Di Atas Tanah Lot 725, 726, 727 Section 561 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut : 


a) Oleh kerana kawasan bekas penjara Pudu, Bukit Bintang di atas tanah lot 725, 726, 727 seksyen 561 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan itu (termasuk tanah yang didakwa sebagai kubur) bukan tanah kubur, maka ia boleh di bangunkan semula oleh pihak berkuasa.

 

b) Sekiranya dalam kerja-kerja mengorek tanah itu terjumpa jenazah atau tulang manusia, maka ianya hendaklah dipindahkan ke suatu tempat yang sesuai.

 

c) Pihak pemaju hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,supaya kerja-kerja pemantauan di tapak tersebut dapat dijalankan dengan sempurna.

 

 

Klik disini untuk mencetak