JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pemakaian Inai Bercorak Menurut Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


  1. Setelah meneliti keterangan dan hujah-hujah, ahli mesyuarat berpandangan bahawa di dalam Islam, para fuqaha' sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian ini di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Mesyuarat juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Klik disini untuk mencetak