JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2011 yang bersidang pada 7 Januari 2011 telah membincangkan Hukum Pembinaan Kubur Bertingkat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat berpandangan bahawa dalam keadaan darurat di mana berlakunya kepadatan penduduk dan lokasi tanah perkuburan yang terhad, pembinaan kubur secara bertingkat merupakan konsep dan kaedah yang tidak bertentangan dengan syarak. 


Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam, pembinaan kubur secara bertingkat adalah harus dilaksanakan sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini. 


Walaubagaimanapun, kajian terhadap modul-modul pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih menyeluruh dengan mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah melaksanakannya serta mengambilkira penjimatan kos.


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/23-keputusan-fatwa-2011/83-hukum-pembinaan-kubur-bertingkat

Klik disini untuk mencetak