JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Meminum Kopi Luwak

Kategori: Makan dan Minum
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa kopi luwak ( musang ) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat :

  1. Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam ; dan 
  2. Biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.  


Mesyuarat juga memutuskan supaya kopi luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri ( MAIN ) sebelum dipasarkan kepada masyarakat islam.


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/71-hukum-meminum-kopi-luwak-musang

Klik disini untuk mencetak