JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Di Malaysia

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Di Malaysia. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa indelible ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan . Oleh itu, penggunaan indelible ink adalah diharuskan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat islam.

 

Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/76-hukum-penggunaan-indelible-ink-dalam-pilihanraya-di-malaysia

Klik disini untuk mencetak