JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Sarawak
Keputusan
:

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke-16 yang bersidang pada 16 Zulkaedah 1430H/ 4 November 2009M telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang (Surrogate Motherhood) Untuk Mendapatkan Zuriat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

"Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan."

 

 

Klik disini untuk mencetak