JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Mengadakan Kompaun Terhadap Kesalahan Undang-undang Syariah

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2009 yang bersidang pada 27 Februari 2009 telah membincangkan cadangan mengadakan kompaun terhadap kesalahan undang-undang syariah. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:


  1. Kesalahan menerima cadangan mengenakan kompaun terhadap pesalah undang-undang syariah yang dikategorikan sebagai kesalahan ringan dan dihukum dengan hukuman ta’zir yang ringan;
  2. Penentuan kes yang dikenakan kompaun hendaklah dirujuk kepada Sahibus Samahah Mufti oleh Mahkamah Syariah;
  3. Kesalahan yang melibatkan kesalahan berat dan dihukum dengan hukuman ta’zir berat, tidak boleh dikompaun dan hendaklah dihukum berdasarkan hukuman ta’zir yang diluluskan didalam enakmen sedia ada.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/98-cadangan-mengadakan-kompaun-terhadap-kesalahan-undang-undang-syariah

Klik disini untuk mencetak