JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penentuan Jantina Bagi (Ambiguous Genitalia Dan Testcular Feminasation Syndrome)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 2/2009 yang bersidang pada 29 Mei 2009 telah membincangkan penentuan jantina bagi (ambigious genitalia dan testcular feminasation syndrome). Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang diharuskan oleh syarak adalah harus setelah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan Islam.

 

Sebaliknya menukar status jantina dalam mykad bagi pemilik yang menjalani pembedahan jantina yang tidak diharuskan oleh syarak adalah haram.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/94-penentuan-jantina-bagi-ambiguous-genitalia-dan-testicular-feminasation

Klik disini untuk mencetak