JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Status Agama Anak Bawah Umur 18 Tahun Selepas Salah Seorang Pasangan Memeluk Agama Islam

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2009
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 25 Julai 2009 telah membincangkan mengenai status agama anak bawah umur selepas salah seorang pasangan memeluk agama Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

  1. Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak dibawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.
  2. Oleh yang demikian apabila salah seorang pasangan ( ibu atau bapa ) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur adalah secara langsung beragama Islam
  3. Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa penjaganya tidak perlu dipinda.


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/26-keputusan-fatwa-2009/92-status-agama-anak-bawah-umur-18-tahun-selepas-salah-seorang-pasangan-memeluk-agama-islam 

Klik disini untuk mencetak