JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

ESQ Leadership Training

Kategori: Akidah
Tahun: 2010
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 3/2010 yang bersidang pada 21 September 2010 telah membuat keputusan mengenai ESQ Leadership Training seperti berikut:

 

  1. Bahawa kebanyakan unsur-unsur keraguan yang terkandung dalam buku edisi lama dan dalam kursus yang dikendalikan boleh diperbetul dan diperjelaskan.
  2. Pihak ESQ hendaklah membuat perubahan dan memperbetulkan dengan segera fakta-fakta, kenyataan atau apa jua aktiviti/ perlakuan samada dalam buku keluaran ESQ ataupun semasa mengendalikan kursus yang boleh menimbulkan keraguan.
  3. Buku-buku edisi lama, artikel-artikel dan lain-lain yang telah disebarkan kepada peserta-peserta kursus, atau dipamerkan dikedai-kedai dan dimana-mana sahaja ianya disebarkan hendaklah ditarik balik dan dibatalkan dengan kenyataan dan hendaklah digantikan dengan buku ESQ edisi baru yang telah dibetulkan dengan kadar segera.
  4. Pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertanggungjawab memantau sepenuhnya pembetulan dan pindaan yang dibuat oleh Panel Syariah ESQ dan memantau perjalanan kursus yang diadakan dalam Negeri Selangor dari masa kesemasa.
  5. Mesyuarat juga memutuskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana badan atau agensi di Negeri Selangor mengikuti kursus ESQ Leadership Training setelah para (ii) dan (iii) diatas diambil tindakan oleh pihak ESQ.
Klik disini untuk mencetak