JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Orang Islam Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang-Lambang Agama Lain, Contohnya Salib Dan Seumpamanya

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 81 yang bersidang pada 19 April 2012, telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang-Lambang Agama Lain, Contohnya Salib Dan Seumpamanya, Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

Klik disini untuk mencetak