Bangunan Baru Yang Ditambah Pada Masjid
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
26hb. Disember, 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)
ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)
PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.
JADUAL/SCHEDULE
1. Semua bangunan tambahan dengan niat untuk menjadikannya masjid bagi tujuan solat (sembahyang) dan I’tikaf yang bersambung dengan bangunan masjid yang sedia ada, adalah dianggap masjid, sunat beri’tikaf di dalamnya dan haram bagi perempuan yang haidh duduk di dalamnya. (Bughyah al-Mustarsyidin, Syeikh Abd Rahman Ba ‘Alawi, muka surat 81).
2. Termasuk didalam pengertian masjid iaitu sutuh (atap masjid yang rata), ruang udaranya dan jendela yang bersambung dengannya. Oleh itu, sah ber’itikaf di atas sutuh dan dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada pokok itu memang tumbuh di dalam masjid ataua di luarnya. Begitu juga sah i’tikaf di atas dahan pokok jika pokok itu tumbuh di dalam masjid dan dahannya menjulur keluar. Inilah pandangan dalam mazhab al-Syafi’i sebagaimana yang disebut di dalam Mausu’ah Al-Fiqh Al-Islami, Juzuk 16 halaman 109 iaitu :-
Yang bermaksud : [“Sesungguhnya termasuk bahagian masjid ialah sutuh, ruang udara dan jendela yang bersambung dengannya, maka hukumnya sah beri’tikaf diatas sutuhnya, diatas dahan pokok yang berada di ruang udaranya sama ada batang pokok itu berada didalam masjid atau diluar, dan demikian juga sekiranya batang pokok itu berada di dalam masjid sedangkan dahannya di luar masjid sama seperti hukum berada di jendela”]
Malah disebut di dalam kitab Nihayah Al-Muhtaj oleh Syeikh Ramli bahawa sunat i’tikaf di halamannya yang berpagar dan ruang yang disediakan untuk orang ramai.
3. Oleh itu apa-apa binaan yang disambung dengan masjid asal khususnya untuk kegunaan sembahyang adalah dikira sebagai masjid kecuali bahagian tandas, bilik air dan tempat-tempat najis yang lain (Bughyah al-Mustarsyidin muka surat 82). Sah dan mendapat fadhilat i’tikaf jika dibuat di dalam binaan yang baru itu. Kesimpulannya, jika binaan itu bersambung dengan binaan masjid terutamanya untuk tujuan sembahyang maka segala hukum berkenaan masjid adalah terpakai.
Dibuat 26 Mac, 2002
Made 26 March 2002
[JMKNNS 209(01)914/1]
DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Keajaan Negeri Sembilan