JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Sihir

Kategori: Sosial/Syariah,Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Perlis
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

1.  Hukum pengamal sihir adalah kafir.

 

2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.

 

3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:

 

Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:

 

i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

 

   

Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

 

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:                                                                                                                                                                       Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

 

Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.

 

Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:


Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)

 

Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

 

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.


5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.


6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.


7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan,

                                                                                     

Klik disini untuk mencetak