JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Hukum Penggunaan Dakwat Kekal ( Indelible Ink ) Dalam Pilihan Raya Malaysia

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Kelantan
Keputusan
:

Setelah meneliti kertas kerja tersebut mesyuarat bersetuju untuk menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 seperti berikut:


Bersetuju Memutuskan bahawa dari aspek Syara', menggunakan penggunaan dakwat kekal (Indelible ink) adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja.


Keputusan ini juga adalah berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia kepada Ahli Muzakarah. Hasil daripada pembentangan tersebut didapati dakwat kekal ini (Indelible ink) tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syara', tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.

Klik disini untuk mencetak