Hukum Shisha
Menghisap dan menjual shisha adalah HARAM. Oleh itu, pihak berkuasa hendaklah menghalang semua aktiviti penjualan shisha kerana ia lebih dahsyat keburukannya daripada merokok.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan jangan mencampakkan diri kamu semua ke dalam kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jangan mengambil mudharat dan jangan kenakan mudharat kepada orang lain.” (HR Ibn Majah, Daraqutni dan lainnya. Hasan)