Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Lapan Belas, yang bersidang pada 16 Muharam 1432H/ 22 Disember 2010M telah membincangkan mengenai Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
“Orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.”