JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penyelidikan Mengenai Industri Pelancongan dan Penternakan Buaya dan Lembu Wagyu

Kategori: Haiwan
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 6 Jamadil Akhir 1434 Hijriah bersamaan 17 april 2013 Miladiah telah membincangkan mengenai " Penyelidikan Mengenai Industri Pelancongan dan Penternakan Buaya dan Lembu Wagyu".

 

Alhamdulillah, fatwanya seperti berikut:

 

BUAYA.

 

  • Menternak Buaya bagi tujuan pelancongan disamping sebagai pusat penyelidikan ilmu adalah Harus menurut Hukum Syara’.


  • Hukum menjual cenderamata yang dihasilkan daripada pengambilan anggota-anggota buaya seperti gigi, kulit, kuku dan sebagainya adalah Harus menurut Hukum Syara’.


  • Hukum menggunakan barang-barang yang di hasilkan daripada kulit buaya seperti beg tangan, kasut, tali pinggang dan sebagainya adalah Harus menurut Hukum Syara’ dengan syarat dilakukan proses samak terhadap kulit tersebut.


  • Hukum menjual Buaya hidup dan Daging Buaya kepada orang bukan Islam adalah Harus menurut Hukum Syara’.


  • Hukum menjual Buaya hidup kepada orang Islam adalah Harus menurut Hukum Syara’.


  • Hukum mengambil manfaat daripada anggota-anggota Buaya bagi tujuan rawatan dan perubatan yang telah dibuktikan kemujarabannya melalui kaedah sains adalah Harus menurut Hukum Syara’.


  • Hukum menghasilkan Minyak Wangi daripada Tulang Belulang Buaya adalah Tidak Harus menurut Hukum Syara’.

 

Fatwa ini adalah khusus untuk projek penternakan Buaya yang diusahakan oleh Syarikat Johor Corporation sahaja.

 

 

LEMBU WAGYU.

 

  • Menternak Lembu Wagyu dengan memberi minum arak untuk tujuan dijual dagingnya adalah Haram menurut Hukum Syara’.


  • Menjual dan membeli Daging Lembu Wagyu yang diberi minum arak adalah Haram menurut Hukum Syara’.


  • Makan Daging Lembu Wagyu yang diberi minum arak kepada Orang Islam adalah Haram menurut Hukum Syara’.

 

      ????? ???? ???????

 

Klik disini untuk mencetak