JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ajaran Panji Langit

Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2013 yang bersidang pada 20 Muharram 1434H bersamaan 4 Disember 2012 telah membincangkan mengenai Pengharaman Ajaran Panjilangit. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

 

(i) Amalan, fahaman dan ajaran Panjilangit yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani (Nombor Kad Pengenalan 670630-01-5657) dan pengikutnya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar kerana mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah dan syariah.

 

(ii)  Antara ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran yang dibawa oleh Mohd Jaffar bin Robani adalah membuat dakwaan seperti berikut:

 

(a)    mengakui dirinya benar-benar sempurna;

 

(b)    meminta pengikut agar beriman dengan dirinya;

 

(c)    dirinya sebagai pengantara Malaikat Jibrail;

 

(d)    dirinya boleh mentafsir dosa orang yang datang berubat;

 

(e)    dirinya diutuskan untuk membunuh Dajjal;

 

(f)    dirinya sebagai pemegang takdir pembinasa Dajjal;

 

(g)    dirinya itu adalah peringatan terakhir untuk alami ini; dan

 

(h)    kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.

 

(ii) Setiap orang Islam adalah dilarang untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan atau menyebarkan ajaran dan fahaman tersebut dalam apa-apa jua bentuk dan cara.

 

(iv) Orang Islam di mana-mana jua berada, yang telah mengamalkan ajaran dan fahaman Panjilangit hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala. 

 

Klik disini untuk mencetak