JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Dasar Pengurusan Agihan Manfaat Sewaan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:

Dasar pengurusan agihan manfaat sewaan Perbadanan Wakaf Selangor adalah harus seperti berikut −

 

  1. Hasil sewaan aset kekal (Peruntukan Kumpulan Wang Wakaf Am)

 

Bil

Perkara

Justifikasi


1. 15% Yuran Pengurusan

Merangkumi yuran pentadbiran di dalam mengurus tadbir aset kekal tersebut.

2. 50% Tabung Pembiayaan Aset

Sebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan digunakan bagi perbelanjaan pembiayaan hayat aset kekal tersebut yang merangkumi;

 

1. Perbelanjaan Hartanah

  • Cukai tanah dan taksiran
  • Penilaian hartanah
  • Guaman
  • Kos keselamatan
  • Perkhidmatan professional
  • Konsultan

 

2. Perbelanjaan Penyelenggaraan

  • Penyelenggaraan bangunan jangka pendek dan panjang
  • Keceriaan bangunan
  • Utiliti bangunan
  • Kerosakan fizikal bangunan

 

3. 50% Tabung Akaun Asas

Sebanyak 50% dari baki hasil sewaan setelah ditolak yuran pengurusan akan dimasukkan semula ke dalam tabung/akaun asas.

 

  1. Hasil sewaan aset kekal (Pewakaf)

                                      

Bil

Perkara

Justifikasi


1. 50% Pengurusan Hartanah

Sebanyak 15% merangkumi yuran pentadbiran di dalam menguruskan tadbir aset kekal tersebut.

Sebanyak 20% dari hasil sewaan akan ditolak bagi perbelanjaan pembiayaan hayat aset kekal tersebut yang merangkumi :-

  1. Perbelanjaan Penyelenggaraan
  • Penyelenggaraan hartanah jangka pendek dan panjang.
  • Keceriaan hartanah
  • Utiliti hartanah
  • Kerosakan fizikal hartanah

 

 

 

 

 

Bil

Perkara

Justifikasi

 

1. Sebanyak 15% dari baki hasil sewaan akan diambil bagi perbelanjaan hartanah seperti berikut :-

 

  1. Perbelanjaan hartanah
  • Cukai tanah dan taksiran
  • Penilaian hartanah
  • Guaman
  • Kos keselamatan
  • Perkhidmatan professional
  • Konsultan

 

2. 50% Penerima Manfaat

Sebanyak 50% daripada baki hasil sewaan akan diserahkan kepada penerima manfaat yang berhak.

Klik disini untuk mencetak