JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Menggunakan DNA Untuk Menentukan Status Nasab Anak

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:
  1. DNA dibenarkan untuk menentukan nasab anak dalam kes pertelingkahan ketidaktahuan nasab anak atas pelbagai sebab, kes kekeliruan atau pertukaran anak di hospital atau pusat jagaan, kes bayi tabung uji serta dalam kes anak-anak yang hilang atas sebab bencana alam dan sebagainya.
  2. DNA tidak boleh digunakan untuk menentukan status nasab anak apatah lagi digunakannya mendahului kaedah li’an kerana kaedah li’an telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
  3. Tempoh segera bagi seseorang bapa yang hendak melakukan li’an bagi menafikan nasab anaknya adalah bermula daripada tarikh isterinya disahkan mengandung sehinggalah tiga (3) hari selepas bersalin. Penafian selepas tempoh munasabah tersebut adalah tertolak dan anak tersebut adalah sah dan sabit sebagai anaknya.
  4. Garis panduan untuk menjalankan ujian DNA oleh pihak berkuasa berkaitan hendaklah diperketatkan lebih-lebih lagi dalam isu untuk menafikan nasab kerana DNA tidak boleh dijadikan bukti utama.

 

Klik disini untuk mencetak