JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Pelaksanaan Wakaf Saham Dan Keuntungan Saham Di Kalangan Syarikat Korporat

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Selangor
Keputusan
:
  1. Pelaksanaan wakaf saham dan keuntungan saham di kalangan syarikat korporat yang mematuhi hukum syarak adalah harus; dan
  2. Pelaksanaan pewakafan saham yang mematuhi hukum syarak bolehlah mengikut garis panduan seperti berikut :

 

Garis Panduan


  1. Operasi Syarikat

Syarikat yang ingin berwakaf hendaklah sebuah syarikat yang menjalankan operasi perniagaan

yang mematuhi hukum syarak.

2. Saham yang boleh diwakafkan

Pemilik saham syarikat yang ingin mewakafkan sahamnya di sesebuah syarikat hendaklah

daripada sumber yang halal dan mematuhi hukum syarak

3. Keuntungkan dari saham syarikat untuk diwakafkan

Sesebuah syarikat yang memperolehi keuntungan dari operasi yang dijalankan, boleh

mewakafkan keuntungan sebahagian atau keseluruhannya dengan persetujuan semua

pemegang saham syarikat.

4. Prosedur terimaan wakaf saham

Saham-saham dan keuntungan saham syarikat yang hendak diwakafkan hendaklah

menggunapakai prosedur terimaan wakaf

5. Penggunaan wakaf saham dan keuntungan saham

Kadar agihan penggunaan saham dan keuntungan saham adalah sebanyak 30% untuk

fisabilillah dan 70% untuk pelaburan dan pembangunan.


Rangka Kerja Pelaksanaan

 

1. Saham-saham atau keuntungan saham syarikat yang hendak diwakafkan hendaklah ditukarkan

nilaiannya kepada tunai terlebih dahulu.

2. Saham atau keuntungan saham syarikat yang telah ditukar kepada tunai seterusnya diserahkan

kepada PWS.

3. Perbadanan Wakaf Selangor akan mengeluarkan resit MAIS kepada syarikat yang mewakafkan

saham atau keuntungan saham syarikat.

4. Saham-saham atau keuntungan saham syarikat yang telah ditukarkan nilainya kepada tunai

akan diakaunkan ke dalam akaun wakaf asas di mana akaun ini akan digunakan untuk

pembangunan aset kekal sahaja.


 

 

Klik disini untuk mencetak