Fatwa Mengenai Kedudukan Senaman Yoga Bagi Umat Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 1/2009 yang bersidang pada 22 Januari 2009 telah membincangkan mengenai Kedudukan Senaman Yoga Bagi Umat Islam dan memutuskan seperti berikut:
1) Bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi. Senaman yoga yang menggabungkan amalan fizikal serta unsur-unsur keagamaan dan pemujaan adalah haram untuk diamalkan dan boleh merosakkan akidah. Oleh yang demikian, apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.
2) Pengharaman ini berdasarkan:
i) Hadis Rasulullah s.a.w:
Daripada Abu Muhammad Al-Hassan bin Ahli bin Abi Thalib, Rasulullah s.a.w. bersabda: “
“Tinggalkan apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan”. (at-Tarmizi).
ii) Hadis Rasulullah s.a.w riwayat Abu Daud:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka”.
iii) Kaedah Fiqh:
“Apa yang membawa kepada haram maka hukumnya adalah haram”.
Tarikh Warta: 8 Oktober 2009
No. Warta: 666