JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Senaman Yoga dan Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Terengganu
Keputusan
:

BAHAWASANYA:

 

1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bersetuju sebulat suara menerima pakai sighah fatwa mengenai kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Majlis kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-83 bertarikh 22-24 Oktober 2008 dengan sedikit pindaan iaitu perkataan ‘tidak sesuai’ ditukar kepada ‘haram’ dan perkataan ‘dilarang’ ditukar kepada ‘haram’. Dengan itu sighah fatwa berkenaan adalah seperti berikut;

 

a. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat berpandangan bahawa senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah haram dan boleh merosakkan akidah umat islam.

 

b. Oleh itu, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau buruk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah haram dan bertentangan dengan Syariat Islam.

 

2. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa mempersetujui sighah fatwa mengenai hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) yang telah diputuskan oleh muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 83 bertarikh 22-24 Oktober 2008 tanpa sebarang perubahan. Dengan itu sighah fatwa berkenaan adalah seperti berikut;

 

a. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berketerampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.

 

b. Mesyuarat menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian seriu terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya

 kepada anak-anak gadis khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan, dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

 

Klik disini untuk mencetak