JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Melaksanakan Pinjaman (Kos Perkhidmatan) Mengikut Prinsip Syariah

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

“Bayaran caj perkhidmatan adalah harus menurut hukum syara’ dengan syarat-syarat berikut:

 

1. Tiada unsur riba.

 

2. Tiada unsur maisir (judi)

 

3. Tiada unsur gharar (tiada unsur tidak ketentuan dan penipuan)

 

4. Tiada unsur mengambil kesempatan di atas kesusahan dan keperluan.

 

5. Kos dikenakan berhubung perkhidmatan itu adalah kos sebenarnya dan bukan sekadar meletakkan peratus daripada jumlah pinjaman.

 

6. Ada unsur redha melalui perjanjian.

 

7. Pihak agensi adalah tujuannya membantu dan menolong pihak yang menmggunakan perkhidmatan mereka, bukan semata-mata untuk tujuan perniagaan dan mengaut keuntungan.

 

8. Caj perkhidmatan itu hendaklah tetap sebagaimana perjanjian. Sekiranya berlaku penangguhan bayaran dengan sebab-sebab yang tertentu, tiada caj tambahan dikenakan kecuali kos sebenar pengurusan biasa seperti bayaran stem dan seumpamanya.

Klik disini untuk mencetak