JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Kewajipan Membayar Zakat Emas Ke Atas Pelaburan Emas

Kategori: Zakat
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-87 pada 27 Ogos 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan seperti berikut :

 

(a)  Zakat wajib dikenakan terhadap emas pelaburan fizikal, emas akaun (passbook) dan emas maya (forex).

(b) Zakat emas pelaburan yang patuh syariah dikenakan bagi keseluruhan modal dan keuntungan dikategorikan sebagai zakat perniagaan.

(c)  Mengadakan sesi penerangan dan penjelasan kepada semua pihak berkaitan emas pelaburan yang tidak patuh syariah.

Klik disini untuk mencetak