Penubuhan Unit Anjing SAR
1. Penubuhan Unit Anjing SAR Pertahanan Awam adalah diharuskan sekiranya ada keperluan yang mendesak seperti pengawalan keselamatan, mengesan penjenayah, mengesan mayat yang hilang dan sebagainya.
2. Keharusan ini dengan syarat-syarat dan disiplin-disiplin tertentu yang ketat. Ini bagi mengelakkan ada golongan yang mengambil kesempatan dan fitnah yang akan timbul serta kekliruan yang akan berlaku terutama dikalangan masyarakat awam. Di antara disiplin dan syarat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Pegawai yang terlibat hendaklah mengetahui hukum hakam berhubung dengan status najis mughallazah ini, samada dari segi penggunaannya, pergaulannya, penyuciannya dan sebagainya.
(b) Tidak ada unsure kezaliman terhadap binatang tersebut, seperti memastikan makan minumnya, kebersihannya, tempat tinggal serta tidak mendera dan sebagainya.
(c) Sekiranya binatang tersebut sakit, hendaklah diberi rawatan yang sepatutnya.
(d) Hendaklah binatang ini diajar,dilatih,sebagai anjing yang mua’llam dan pada akhirnya terlatih, terarah, terpimpin dan mengikut arahan.
(e) Hendaklah dipastikan binatang tersebut tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam terutama jiran tetangga yang paling hamper.
(f) Pakaian yang digunakan semasa bertugas, berlatih dengan unit anjing SAR hendaklah pakaian yang bersesuaian, ditanda dan diasingkan daripada pakaian-pakaian lain, juga penyuciannya dipastikan mengikut kaedah sebenarnya terutama tempat terkena basahan (air liur) najis mughallazah.
(g) Penggunaan unit ini hendaklah dibataskan untuk tujuan menjalankan tugas atau latihan biasa atau kemahiran bukan tujuan untuk hiburan atau bersiar-siar.
(h) Penempatan unit ini hendaklah di penempatan tersendiri dan dipastikan najisnya tidak bersepah di merata-rata, bahkan najisnya hendaklah ditempatkan dan dibuang di tempat tertentu.
(i) Disyaratkan juga binatang ini mengikut syarat-syarat binatang yang dibuat pemburuan.