JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:
Ciri-Ciri Ajaran Sesat Yang Menyalahi Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Kategori: Akidah
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: N/A
Keputusan
:
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-81 pada 19 April 2012 telah membincangkan dan memutuskan bahawa  
 
A)      Bersetuju mengesahkan bahawa cirri-ciri ajaran sesat yang disenaraikan di bawah ini adalah merupakan amalan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ia adalah sesat dan menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar serta haram dilakukan.
 
B)      Ciri-ciri kesesatan dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak tersebut adalah seperti berikut:
 
 
 
AKIDAH:
 
                1.       Mendakwa sebagai Tuhan;
 
2.       Mendakwa Allah SWT bersifat selain daripada apa-apa sifat yang selayaknya bagi Allah SWT;
 
3.       Mendakwa selain Allah SWT (makhluk) juga mampu mendatangkan sesuatu (manfaat dan mudharat);
 
4.       Mendakwa setiap musibah datang makhluk halus (jin dan syaitan);
 
5.       Mendakwa Allah SWT sebati di dalam diri (Wahdatul Wujud atau God Spot);
 
6.       Mendakwa terima wahyu;
 
7.       Mendakwa ghaib (tidak mati) dan akan muncul semula sebagai Imam Mahdi;
 
8.       Mendakwa tahu perkara-perkara ghaib;
 
9.       Mendakwa tahu bila kemunculan Imam Mahdi;
 
10.     Mendakwa tahu nasib seseorang;
 
11.     Mendakwa tahu huruf-huruf dalam kalimah tertentu mempunyai maksud yang tertentu;
 
12.     Mendakwa mampu berinteraksi dengan orang mati, jin, syaitan atau malaikat secara langsung;
 
13.     Mendakwa mampu memindah atau menangguhkan bala;
 
14.     Mendakwa mampu berhubung terus dengan Allah SWT;
 
15.     Mendakwa mampu menangguhkah Kiamat;
 
16.     Mendakwa mampu melihat Allah SWT di dunia;
 
17.     Mendakwa mampu melihat Rasullullah S.A.W secara sedar ( yaqazah);
 
18.     Mendakwa mampu memindahkan kekuatan luar biasa kepada seseorang;
 
19.     Mendakwa layak mengesahkan keislaman, menentukan jaminan keampunan Allah SWT dan kesudahan neraka atau syurga bagi seseorang;
 
20.     Mendakwa akan ditimpa bala sekiranya mendedahkan isi-isi ajaran kepada umum;
 
21.     Mendakwa roh oramg mati mampu menjelama ke dalam jasad orang hidup;
 
22.     Mendakwa roh orang mati mampu memberi pertolongan apabila diseru (kebiasaannya berlaku di kuburan yang dipercayai mempunyai keramat);
 
23.     Mendakwa ada nabi selepas nabi Muhammad S.A.W ;
 
24.     Mendakwa memikul tugas nabi atau rasul secara khusus;
 
25.     Mendakwa sebagai nabi atau rasul;
 
26.     Mendakwa sebagai wakil nabi atau rasul untuk memberi syafaat;
 
27.     Mendakwa sebagai Imam Mahdi;
 
28.     Mendakwa sebagai wali Allah;
 
29.     Mendakwa sebagai jelmaan sahabat-sahabat nabi S.A.W atau syeikh-                    syeikh tertentu;
 
30.     Mendakwa sebagai insan ma’sum;
 
31.     Mendakwa dapat nur daripada Allah SWT dan para rasulnya;
 
32.     Mendakwa dapat jaminan keampunan Allah SWT atau jamina syurga;
 
33.     Mendakwa memiliki kunci syurga
 
34.     Mendakwa memiliki mukjizat;
 
35.     Mendakwa memiliki ma’unah;
 
36.     Mendakwa suara hati sebagai bisikan Alllah SWT yang pasti benar untuk              dituruti;
 
37.     Mendakwa dosa dapat ditebus dengan wang;
 
38.     Mendakwa nikmat atau azab kubur dan peristiwa-peristiwa selepas mati tidak wujud;
 
39.     Mendakwa tidak perlu melaksanakan sebarang amal kebaikan kerana dosa dan pahala , neraka dan syurga telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi;
 
40.     Mendakwa semua yang lahir daripada diri adalah benar datang daripada  Allah SWT, ia tidak perlu dipersoalkan dan wajib dituruti;
 
41.     Mendakwa semua manusia didunia ini mukmin (dengan hujah, naluri asal manusia mengaku wujudnya tuhan) dan kesudahan setiap manusia di akhirat kekal di dalam syurga;
 
42.     Mendakwa semua agama adalah sama (pluralisme agama);
 
43.     Mendakwa Ahlul Bait atau sahabat-sahabat nabi S.A.W yang tertentu sebagai kafir dan wajib dimusuhi;
 
44.     Menghina apa-apa ajaran Islam yang bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah;
 
45.     Menghina naskhah l-Quran melalui perkataan atau perbuatan;
 
SYARIAH
 
1.       Menghalalkan sesuatu yang diharamkan dalam syariat Islam;
                                              
2.       Mendakwa harus melakukan perkara haram, asalkan bertujuan  mulia;
 
3.       Mendakwa solat atau apa-apa amalan yang disyariatkan memadai dengan niat;
 
4.       Mendakwa solat fardhu secara berjemaah bukan dalam syariat Islam;
 
5.       Mendakwa kiblat solat boleh juga dihadapkan selain ke Kaabah;
 
6.       Mendakwa fardhu haji boleh juga ditunaikan selain di Mekah;
 
7.       Mendakwa telah sampai kepada hakikat (kesempurnaan insan) dan tidak perlu kepada sebarang syariat;
 
8.       Mendakwa tareqat yang diamalkan sebagai jaminan kepada keredhaan Allah SWT, padahal terdapat unsur-unsur meragukan atau jelas menyalahi syariat;
 
9.       Mendakwa As-Sunnah bukan sebahagia daripada sumber syariat Islam (golongan anti hadis);
 
10.     Menolak sebarang tafsiran ayat Al-Quran atau teks hadis yang telah diijma’ oleh para ulama mu’tabar;
 
11.     Mendakwa tidak bermazhab, tidak perlu mengikut mazhab atau merendah-rendahkan mereka yang beramal mengikut mazhab (mereka hanya merujuk teks-teks hadis sebagai sumber asal dalam memahami sesuatu amalan (tanpa melihat perbincangan ulama mazhab);
 
12.     Mendakwa bid’ah dengan pengertian sesat dan pelakunya ahli neraka ke atas umat Islam yang melakukan apa-apa amalan yang tiada rujukan teks-teks hadis secara zahir, sedangkan terdapat pandangan ulama’ yang mengharuskannya;
 
13.     Menghalalkan nikah adik beradik (mahram);
 
14.     Mengharamkan kahwin dengan bukan ahli kumpulan;
 
15.     Mengharamkan kahwin bekas isteri guru;
 
16.     Menghalalkan kahwin mut’ah (kontrak);
 
17.     Menghalalkan nikah batin atau ghaib (tanpa wali dan saksi);
 
18.     Mengharamkan kahwin wanita yang diminati oleh guru;
 
19.     Menghalalkan seks tanpa nikah;
 
20.     Mendakwa penyakit hanya akan sembuh dengan melakukan persetubuhan atau apa-apa perlakuan ke arah perbuatan tersebut;
 
21.     Mendakwa guru berhak keatas diri (maruah, kebiasaannya berlaku kepada pengikut wanita), keluarga dan harta kepada guru;
 
22.     Mendakwa khalwat atau suluk sebagai jalan mendekatkan diri kepada  Allah SWT atau jaminan mendapat keredhaan, walaupun terpaksa mengabaikan amalan-amalan fardhu ( sebagai contoh: khalwat atau suluk tanpa solat fardhu dan solat jumaat);
 
23.     Mendakwa fardhu haji hanya sah ditunaikan selepas berkhalwat atau suluk ditempat tertentu sebelum menunaikan fardhu haji;
 
24.     Mendakwa sebarang kemusykilan ajaran tidak boleh dibincangkan;
 
25.     Mendakwa wajib berpura-pura (taqiyyah) sebagaimana umat Islam biasa dengan tujuan menyembunyikan ajaran dan keselamatan diri;
 
26.     Mendakwa pihak kerajaan yang boleh mengenakan tindakan kuatkuasa undang-undang ke atas mereka sebagai musuh paling utama;
 
27.     Menghukum kafir dan wajib memerangi pemerintah Islam yang tidak melaksanakan hukum Islam dalam perundangan negara dengan menganggap darah mereka adalah halal;
 
28.     Mendakwa sebagai mati syahid mereka yang membunuh diri sendiri dengan melakukan serangan bom dikawasan-kawasan awam tertentu;
 
29.     Mendakwa sebagai mati syahid mereka yang terbunuh ketika rusuhan (demonstrasi) yang melancarkan sebagai desakan terhadap tuntutan mereka ke atas kerajaan yang sah;
 
30.     Mendakwa perjuangan menegakkan hukum Islam hanya melalui merebut, merampas atau mendapatkan jawatan-jawatan utama dalam negara;
 
31.     Mendakwa bai’ah keatas pemimpin lebih utama, walaupun terpaksa melanggar ketetapan-ketetapan syarak;
 
AKHLAK
 
1.       Mendakwa Allah SWT hanya menilai kebersihan batin;
 
2.       Mendakwa tidak perlu mengikut syariat sekiranya tasawwuf telah sempurna;
 
3.       Mendakwa sebagai Ahlul bait (tanpa bukti yang jelas) dengan alasan supaya diberi penghormatan, kedudukan atau apa-apa maksud dunia yang lain;
 
4.       Mendakwa setiap sumbangan yang dihulurkan (kebiasaannya berbentuk wang) dijanjikan pulangan ganjaran tertentu (sering menggunakan janji-janji berbentuk agama untuk memiliki apa-apa yang diinginkan) dan sering kali memberi pelbagai alasan apabila janji tidak ditunaikan;
 
C)      Mana-mana individu atau kumpulan yang mengamalkan mana-mana ciri-ciri (pegangan, fahaman dan amalan) tersebut diatas adalah sesat dan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa agama; dan
 
D)      Bersetuju supaya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melibatkan sekali agansi-agensi lain seperti Bahagian Pendakwaan dan Penasihat Undang-Undang dalam proses menyediakan draf sighah warta supaya lebih sempurna dan lengkap dari semua aspek agar dapat mengikat semua umat Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
 
Klik disini untuk mencetak