JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Ciri-Ciri Penyelewengan Fahaman Dan Ajaran Syiah Di Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kategori: Akidah
Tahun: 2011
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Wilayah Persekutuan
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-80 pada 15 Disember 2011 telah membincangkan dan memutuskan bahawa: 


 1. Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan haram diamalkan; dan

2. Ciri-ciri penyelewengan fahaman dan ajaran Syiah ini adalah seperti berikut:

  1. Imam adalah ma’sum
  2. Kemunculan Imam Mahdi bersama orang yang telah mati
  3. Berpura-pura
  4. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan
  5. Menghalalkan nikah mut’ah
  6. Menambah Syahadah
  7. Menolak hadis yang diriwayatkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir
  8. Menolak Ijma’
  9. Menolak Qias
  10.  Menziarah kubur Saidina Husain ganjarannya syurga
  11. Menyeksa tubuh badan semperna 10 muharram
  12. Menghina isteri-isteri nabi
  13. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan.
  14. Sembahyang Dhuha adalah bid’ah 
Klik disini untuk mencetak