JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Penggunaan Tulisan Atau Khat Di Dalam Ayat Al-Quran

Kategori: Ibadah
Tahun: 2008
Status Pewartaan: Diwartakan
Negeri: Johor
Keputusan
:

Penggunaan tulisan atau khat-khat ayat Al-Quran, Hadis Rasullullah S.A.W, lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mempunyai kamuliaan tersendiri di dalam Islam, untuk tujuan dakwah adalah diharuskan denga syarat-syarat dan disiplin-disiplin tertentu sebagaimana berikut:

 

1.   Tulisan tersebut hendaklah menggunakan khat yang mudah dibaca dan difahami oleh orang awam, contohnya khat nasakh, riq’ah dan thulus.


2.   Lokasi penempatan khat-khat tersebut hendaklah ditempat yang tinggi sesuai dengan kemuliaan ayat-ayat Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah Tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.


3.   Lokasinya adalah terbatas di dalam masjid, surau rumah, pejabat dan dewan atau di tempat-tempat bersesuaian dengan kemuliaan ayat-ayat dan kalimah-kalimah tersebut, yang mana penjagaan dan kemuliaanya terjaga secara berterusan dan berpanjangan.


4.   Penempatan khat tersebut bukan dipagar atau jeriji samada di masjid, surau dan bangunan-bangunan lain, bukan juga ditempatkan dilokasi yang tidak sesuai dengan martabat dan kemulian Al-Quran, Hadis Rasullullah SAW lafaz Al-Jalalah (Allah), kalimah tauhid dan lain-lain kalimah yang mulia.


5.   Tujuan penggunaan khat-khat tersebut adalah untuk dakwah dan bukan sebagai hiasan sahaja.

 

 

 

      Untuk memperkenalkan Islam bukan hanya dengan khat-khat Al-Quran, Al-Hadis atau kalimah-kalimah mulia dalam Islam sahaja, bahkan juga dengan symbol-simbol islam yang lain seperti seni kerawang ukiran Islam. Selain itu boleh juga dengan menggunakan tulisan khat (jawi) dengan menulis maksud-maksud ayat Al-Quran dan Hadis, kata-kata hukama’, perkataan-perkataan biasa seperti “ selamat dating”, “Islam itu indah” dan lain-lain.

 

Klik disini untuk mencetak