JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Deraf Garis Panduan Tarekat Tasawuf Negeri Melaka

Kategori: Akidah
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2014 yang bersidang pada 18 Zulqaedah 1435H bersamaan 13 September 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai Cadangan Deraf Garis Panduan Tarekat Tasawuf Negeri Melaka. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa, mesyuarat bersetuju memperakukan deraf garis panduan Tarekat Tasawuf Negeri Melaka tersebut seperti di Lampiran A dengan pindaan seperti berikut :

 

  1. Nota kaki (Footnote) pada setiap muka surat bermula dengan (i).
  2. Perkataan dalam bahasa arab yang terdapat di dalam garis panduan tersebut diletakkan baris bagi memudahkan pembacaan.
  3. Meminda pada perkara 8 (iv) kepada :


“Pengamal tidak berzikir sampai ke peringkat lupakan diri sehingga melakukan perkara-perkara yang bercanggah dari segi akidah, syariat atau akhlak Islam”



  1. Meminda pada perkara 14 (v) kepada :

“Menggambarkan wajah guru atau membayangkan di dalam hati rupa guru mursyid semasa berzikir atau beramal ibadah sehingga ke peringkat memuja atau mendewa-dewakan guru dengan tujuan untuk menambahkan lagi kekhusyukan di dalam ibadah kepada Allah s.w.t yang dikenali sebagai rabitah”.


2.Meminda pada perkara 14 (xii) kepada :

“Mendakwa berlakunya yaqazah dengan kefahaman yang salah sehingga menyalahi dari segi akidah, syariat atau akhlak Islam ”.

 

Mesyuarat juga bersetuju supaya garis panduan ini dikemukakan dalam Mesyuarat MAIM untuk persetujuan dan perakuan.

 

Klik disini untuk mencetak