JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Memperaku Dan Menerima Pakai Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) Kali Ke-92, Ke-93 Dan Ke-94

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 4/2014 yang bersidang pada 18 Zulqaedah 1435H bersamaan 13 September 2014M telah meneliti dan membincangkan mengenai Cadangan Memperaku Dan Menerima Pakai Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) Kali Ke-92, Ke-93 Dan Ke-94. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, mesyuarat bersetuju memperakui dan menerima pakai keputusan atau pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-92. Ke-93 dan Ke-94 yang telah bersidang masing-masing pada 16 Dis 2010, 21 Feb 2011 dan 21 April 2011 mengenai perkara-perkara berikut :


  1. Hukum Pengambilan Vaksin Human Papiloma (HPV);
  2. Hukum Pembinaan Kubur Secara Bertingkat;
  3. Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya;
  4. Hukum Menggunakan Pengimbas Badan Di Lapangan Terbang;
  5. Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk;
  6. Hukum Mengadakan Pameran Spesimen Anatomi Manusia;
  7. Hukum Tarian Poco-Poco dan Seumpamanya Menurut Perspektif Islam;
  8. Hukum Menanam Rambut Di Kepala;
  9. Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi.

 

Klik disini untuk mencetak