Perluasan Takrif Asnaf Ar-Riqab Sebagai Penerima Bantuan Zakat Di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-88 yang bersidang pada 19 November 2014 telah berbincang dan mengambil keputusan :
Mengekalkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bertarikh 12 September 2012, perkara 3.7 ”Jawatankuasa berpandangan bahawa tafsiran Asnaf ar-Riqab adalah kekal sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Walaubagaimanapun, jawatankuasa berpandangan bahawa bagi wanita yang terjebak dalam kancah maksiat dan mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah boleh dipertimbangkan agar agihan zakat disalurkan di bawah asnaf fakir atau miskin”.