JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Fatwa Pengharaman Shisha.

Kategori: Akidah
Tahun: 2013
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 5/2013 yang bersidang pada 8 Muharam 1435H bersamaan 12 November 2013 telah membincangkan mengenai Cadangan Pewartaan Fatwa Pengharaman Shisha. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan sighah fatwa mengenai pengharaman shisha untuk diwartakan dengan beberapa pindaan seperti berikut :

 

  1. Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang serupa dengannya adalah haram;
  2. Oleh itu, umat Islam khususnya di negeri Melaka adalah dilarang menghisap Shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap Shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Shisha atau apa-apa jua produk atau bahan yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang serupa dengannya;
  3. Pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji.

 

Klik disini untuk mencetak