Memperaku Dan Menerima Pakai Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2013 yang bersidang pada 11 Zulqaedah 1434H bersamaan 17 September 2013 telah membincangkan mengenai Cadangan Memperaku Dan Menerima Pakai Garis Panduan Upacara Akad Nikah Di Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
Bersetuju memperakukan Garis Panduan Upacara Akad Nikah di Masjid yang disyorkan diperakui dan dikemukakan di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Melaka untuk diluluskan dan diguna pakai sebagai panduan kepada masyarakat Islam dan pihak-pihak yang berkaitan di negeri ini.