JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Perbincangan Lanjut Mengenai Perincian Jenis Penerima Bantuan Asnaf Ar-Riqab Negeri Melaka

Kategori: Sosial/Syariah
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2015 yang bersidang pada 11 Rejab 1436H bersamaan 30 April 2015M telah meneliti dan membincangkan mengenai Perbincangan Lanjut Mengenai Perincian Jenis Penerima Bantuan Asnaf Ar-Riqab Negeri Melaka. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa, mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :

 

i. Jenis penerima agihan asnaf ar-Riqab berikut adalah layak menerima bantuan zakat daripada asnaf ar-Riqab melalui perantara mana-mana institusi, pusat, badan-badan Islam bukan kerajaan (NGO) dan individu perseorangan dalam negeri Melaka yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syarak yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindung, merawat dan memulih asnaf ar-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara Islam -

 

(A) Masalah Sosial :

 

1) Terbelenggu dengan dadah-

1.1.       Penagih dadah

1.2.       Bekas penagih dadah

 

2) Terbelenggu dengan masalah Jenayah Syariah-

2.1.      Zina

2.2.      Mengandung luar nikah

2.3.      Persetubuhan haram

2.4.      Dan lain-lain yang berkaitan Enakme Kesalahan Syariah (Melaka) 1991

 

3) Terbelenggu dengan penyakit kronik

3.1.       Penyakit HIV/AIDS

3.2.       Kanser/Barah

3.3.       Tibi

3.4.       Hepetatis

3.5.       Dan Lain-lain

 

4) Bekas Banduan yang memerlukan bimbingan agar tidak kembali terbelenggu dengan jenayah.

 

(B) Masalah Akidah

 

1)   Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat-

1.1.      Doktrin Palsu

1.2.      Mengaku Menjadi Nabi

1.3.      Menghina Islam

1.4.      Pemujaan Salah

1.5.      Mempersendakan Al-Quran Dan Hadith

 

2)   Memurnikan Akidah Orang Islam Yang Terpesong-

2.1.     Orang Yang Ingin /Berhasrat Murtad

2.2.     Orang yang dalam proses Istitabah

 

ii. Majlis Agama Islam Melaka (Majlis) perlu mewujudkan suatu Jawatankuasa yang boleh dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab untuk menguruskan apa-apa perkara yang berhubungan dengan asnaf ar-Riqab yang antara lain berfungsi untuk mempertimbang, menilai dan meluluskan permohonan bantuan di bawah asnaf ar-Riqab oleh mana-mana institusi berkaitan.

 

iii. Bantuan yang disalurkan kepada institusi tertentu di bawah asnaf ar-Riqab hendaklah dibelanjakan kepada pelaksanaan program dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada usaha membebas, mengurus, melindung, merawat, membimbing dan memulihkan asnaf ar-Riqab secara langsung. Manakala perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi, pembangunan, penyelenggaraan, baikpulih, infrastruktur, pengurusan dan pentadbiran institusi berkenaan hendaklah diperolehi dari sumber yang lain.

 

iv. Menyarankan kepada pihak Majlis agar menyegerakan pembinaan Pusat Bimbingan Islam dan meluaskan fungsinya bukan sahaja sebagai tempat pemurnian akidah bagi menangani kes-kes percubaan murtad dan ajaran sesat tetapi juga sebagai tempat pemulihan akhlak bagi menangani kes-kes berhubungan dengan kesusilaan dan sosial di bawah kesalahan syariah.

 

v. Menyarankan agar Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dikaji semula dan dipinda agar selaras dengan cabaran semasa dan memasukan peruntukan yang memebolehkan mahkamah memerintahkan pesalah syariah menjalani kaunseling atau pemulihan di Pusat Bimbingan Islam sebagai ganti hukuman sebagaimana yang telah dilaksanakan di negeri Selangor dan Pahang.

 

vi. Mewartakan para 4.3.2 (i) mengenai jenis penerima agihan asnaf ar-Riqab sebagai fatwa supaya ianya boleh dilaksanakan. 

 

Klik disini untuk mencetak