JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Cadangan Memperaku Dan Menerima Pakai Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) Kali Ke-106 Dan Ke-107

Kategori: Lain-lain
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Melaka
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 2/2015 yang bersidang pada 11 Rejab 1436H bersamaan 30 April 2015M telah meneliti dan membincangkan mengenai Cadangan Memperaku Dan Menerima Pakai Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) Kali Ke-106 Dan Ke-107. Mesyuarat bersetuju memeperakui dan menerima pakai keputusan atau pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-106 dan Ke-107 yang telah bersidang masing-masing pada 21-22 Oktober 2014 dan 10-11 Februari 2015 mengenai perkara-perkara berikut :

 

i) Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS.

ii) Isu Perkahwinan Kanak-Kanak : Kajian Dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi.

iii) Ancaman Aliran Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah Terhadap Perpaduan Umat Islam Di Malaysia.

iv) Hukum Pendermaan Rahim.

v) Hukum Amalan Toast Dalam Majlis Makan Beradat Angkatan Tentera Malaysia.

vi) Hukum Penggunaan Cordyceps Sinensis Dalam Pembuatan Ubat Tradisional.

vii) Ajaran Ilmu Makrifat (Mengenal Allah/Diri) Oleh Mohd Yusof Cik Wook Yang Disebarkan Oleh Haji Shaari Mohd Yusof.

viii) Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid atau Surau.

ix) Pengurusan Jenazah Orang Islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola (Ebola Virus Disease : EVD) Di Malaysia.

x) Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.

xi) Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya.

xii) Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global.

xiii) Hukum Penggunaan Vaksin Menactra.

xiv) Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua).

 

Klik disini untuk mencetak