Merokok Dari Pandangan Islam
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat bersetuju memutuskan Hukum Merokok adalah haram. bagi maksud fatwa ini rokok ialah tembakau yang di gulung dengan kertas, daun nipah dan selainnya.
Pengharaman ini adalah berdasarkan :
i. Mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan kepada perokok dan orang lain.
ii. Merupakan perbuatan membazir yang ditegah oleh syarak
iii. Oleh itu, adalah haram bagi umat Islam menghisap mana-mana yang dikategorikan sebagai
rokok.
Sumber: