JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Geneva Malaysia SDN.BHD

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2012
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke 1/2012 yang bersidang pada 14-15 Mac 2012 telah membincangkan Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dikendalikan Oleh Syarikat Geneva Malaysia SDN.BHD. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju Bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli dan yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jual beli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.

 

Oleh yang demikian, umat Islam khususnya di Negeri Pahang dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual beli emas seperti yang digariskan syarak atau undang-undang negara 


Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/22-keputusan-fatwa-2012/66-hukum-jual-beli-dan-pelaburan-emas-yang-dikendalikan-oleh-syarikat-geneva-malaysia-sdn-bhd

 

Klik disini untuk mencetak