Hukum Menghisap Shisha Menurut Pandangan Syarak
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 3 Oktober 2013 telah membincangkan Hukum Menghisap Shisha Menurut Pandangan Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat bersetuju memutuskan hukum menghisap shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkatan dengannya.
Sumber: