Menyertai Dan Menyokong Tuntutan Coalition Of Malaysian NGo 'COMANGO' Menurut Syarak
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 19 Februari 2014 Kali Ke-1/2014 telah membincangkan Hukum Menyertai Dan Menyokong Tuntutan Coalition Of Malaysian NGo 'COMANGO' Menurut Syarak. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
Mesyuarat mendapati segala tuntutan Comango adalah bertentangan dengan hukum syarak. Mana-mana orang yang menyertai dan menyokong tuntutan Comango adalah haram.
Sumber :