JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan

Kategori: Perubatan
Tahun: 2014
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 27 Mei 2014 Kali Ke 2/2014 telah membincangkan Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut :

 

1. Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah :


Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan. Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW :


Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 


2. Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaanya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut


3. Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.

 

Sumber :


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/18-2014/56-pendermaan-jasad-untuk-si-mati-untuk-tujuan-penyelidikan

Klik disini untuk mencetak