JAKIM OFFICIAL WEBSITE
Responsive image
Tajuk
:

Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global

Kategori: Muamalat/Ekonomi
Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang
Keputusan
:

Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang yang bersidang pada 14 Mei 2015 Kali Ke 2/2015 telah membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global 4/2015. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

 

Mesyuarat bersetuju memutuskan  bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).

 

 Sumber:


http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-fatwa/keputusan-fatwa/17-2015/44-hukum-pelaburan-yang-dijalankan-oleh-syarikat-mecca-fund-global

Klik disini untuk mencetak